Dalam seminggu tujuh hari,
Berbagai nikmat telah diberi,
Cubalah lihat, renung dan kaji,
Agar faham dan tahu mensyukuri.

Hari Ahad yang kita cuti,
Hari dicipta bintang dan bumi,
Tujuh lautan dan tujuh api,
Tujuh neraka yang Ptelah pasti.

Hari Isnin juga diseri,
Lahir Rasulullah penghulu Nabi,
Hari Jibrail turun menemui,
Membawa wahyu Rabbul Izzati.

Betapa pula di hari Selasa,
Wafatnya Nabi Zakaria dan Nabi Yahya,
Meninggal Habil Putera Adam a.s tercinta,
Juga Asiah isteri Firaun durjana.

Hari Rabu Hari Kehancuran,
Qarun, Fir’aun dan Namrud bin Kan’an,
Kaum Hud, kaum Saleh a.s dan sekelian,
Sebagai tanda murkanya Tuhan.

Hari Khamis ramai yang berhijrah,
Masuk Rasulullah ke kota Mekah,
Nabi Ya’kub a.s juga Musa nabi Allah,
Datang ke Mesir menyambung dakwah.

Hari Jumaat pernikahan Adam dan Hawa,
Nabi Yusuf a.s dengan Zulaikha,
Sayyidina Ali dengan Fatimah wanita mulia,
Juga nabi Sulaiman a.s dengan Ratu Balqis yang kaya.

Hari Sabtu berlakunya tipu daya,
Kaum Nuh kepada nabinya,
Tipu daya Fir’aun kepada Musa,
Juga Yahudi kepada Isa,
Mungkin peringatan kepada kita,
Agar lebih waspada urusan dunia.

p/s : REG..aku dpt dari SINI..