skip to main |
skip to sidebar
RSS Feeds
Rilekskan Minda..Hiburkan Hati..Disini..
Rilekskan Minda..Hiburkan Hati..Disini..

Wednesday, January 18, 2012
Disediakan Oleh admin

Utusan Malaysia , 18 Jan 2012
SAYA adalah salah seorang juruwang (cashier) yang bekerja di sebuah pasar raya di Kamunting, Taiping. Pada tarikh 11.01.2012, lebih kurang pukul 3 petang, pihak pengurusan telah membuat mesyuarat di antara semua juruwang.
Di dalam mesyuarat tersebut, pengurus kami menyatakan ada seorang pelanggan bukan Islam telah membuat aduan kepada pihak atasan mempertikaikan mengapa juruwang Melayu Islam memegang daging babi beralaskan plastik seolah-olah menghina makanannya.
Apa yang membuat kami semua terkejut, pengurus kami telah berkata, "Kenapa perlu berlapik? Jijik sangatkah? Geli sangatkah? Jangan terlalu ikutkan adat sangat. Yang bermasalah ini adalah juruwang Melayu.
Kalau sudah tak boleh nak pegang, lebih baik saya mengambil pekerja bukan Melayu. Selepas ini, saya tak mahu lagi kamu semua pegang barang-barang itu beralaskan plastik. Saya mahu kamu semua pegang dengan tangan sahaja.
Jika saya dapati kamu semua buat sekali lagi, saya akan tukarkan kamu semua ke bahagian lain."
Bukan niat kami hendak menghina makanan orang bukan Islam. Menurut ajaran dan hukum Islam, daging itu adalah haram disisi agama Islam bukan setakat memakanya, malah menyentuhnya pun tak boleh. Jika tersentuh biarpun bekasnya sekali pun, ia perlu disamak.
Pengurus kami dan orang atasan kami bukan Islam. Tidakkah mereka tahu orang Islam amat sensitif dengan daging babi. Bahasanya seolah-olah mempersendakan agama Islam dan berbau perkauman. Mentang-mentanglah kami ini semuanya perempuan, tidak pandai hendak memberontak, senang benar mereka hendak mempersendakannya.
Saya cuba untuk berpakat dengan rakan-rakan kerja Melayu saya untuk melaporkan perkara ini di pejabat agama atau pihak berkuasa yang lain, tetapi mereka enggan untuk berpakat kerana takut ditukarkan atau kehilangan kerja.
Inilah sifat kakitangan Melayu yang beragama Islam di sini. Hanya dengan ugutan mereka sangup menggadaikan agama demi wang.
Kita sebagai orang Islam sepatutnya mempertahankan kesucian agama kita. Tahukah mereka perkara ini tidak boleh dipandang remeh kerana membabitkan kesucian diri untuk beribadat kepada Allah SWT. Saya kecewa dengan sikap segelintir bangsa Melayu yang beragama Islam ini.
Sepatutnya pihak pengurusan pasar raya tempat saya bekerja mengadakan kaunter 'Tidak Halal' untuk scan barang-barang tidak halal dan dijaga oleh juruwang bukan Islam.
Kadangkala saya terfikir, bekas diletakkan barang tidak halal di kaunter ini, kemudiannya diletakkan pula barang-barang yang dibeli pelanggan lain beragama Islam. Bagaimana tahap kesuciannya?
Saya ingin mengadukan perkara ini kepada jabatan agama atau pihak berkuasa lain, tetapi saya tidak pandai untuk membuat sendirian.
Tolonglah sesiapa yang membaca artikel ini, bantulah kami orang Islam yang ditindas di pasar raya ini, juga pelanggan Islam yang mengunjungi pasar raya ini.
JURUWANG TERANIAYA
Taiping, Perak
sumber
January 18, 2012 at 8:09 PM
sapa suruh kerja itu tempat adik manis.. berenti la kerja.. cari kerja lain.. En SK.. follow my blog bleh tak. SM dah follow blog SK.. ni blok SM.. http://sembangmalaysia.blogspot.com/ .....SM orang baru dalam blogger
January 19, 2012 at 12:11 AM
assalam, masih ada perkara seumpama ini berlaku di negara majoriti umat Islam...dihina dan digadai agama krn duit...wallahuallam
January 19, 2012 at 3:03 AM
kesiannyer..
January 19, 2012 at 4:17 PM
assalamualaikum..
adalah lebih sng kiranya saudari meluah segala yg saudari rsakan ini pada teman2 pmpuan/llaki yg blh mmbantu..
kmudian mnta pndangan mreka...
atau jmpa sja ustaz/ustazah yg blh mmbantu...
mnta pndangan mreka...
kmudian meminta mereka ntuk menemani saudari ntuk mmbuat laporan ini..
sya rsa itu adalah slh stu jln yg terbaik ntuk saudari yaaaa... ^_^
January 20, 2012 at 9:34 AM
jalan yang terbaik adalah kembali kepangkal jalan.. huhuhu..
http://sembangmalaysia.blogspot.com
January 20, 2012 at 10:17 PM
yg bodoh pi keja kat situ nape? dh tau kata tmpt tu ada makanan haram mang dh bdosa mcm 7e..dh haram n odohkn diri sniri..jgn pertikai lah..
January 20, 2012 at 10:52 PM
salam ziarah...lama sungguh tak singgah sini.
January 21, 2012 at 6:22 AM
Kenapa kita salahkan pengadu apa yang dikata betul kerajaan/jab agama wajib mengambil tindakan yang sewajarnya. Kurang ajar tak hormat orang Islam dan agama Islam ini lah akibat nya tidak hormat bangsa lain. Dia ingat jika orang
melayu tak kerja kat pasaraya dia pembeli melayu nak masuk ke pasaraya dia. Tolong pikir la taukeh. Dedahkan nama pasaraya tu kita semua boikot.
January 22, 2012 at 1:14 PM
kalo pasaraya kat taiping tu ada 3 je....tesco,giant n the store.....tp kalo bab2 kontroversi tu tesco yg paling top sblum ni.....
January 24, 2012 at 12:05 AM
kerajaan jgn goyang kaki jer fikirkan agama islam dan penganutnya juga mereka pun perlukan kebebasan dalam beragama dan penghormatan untuk agamanya biar same adil jgn sebab bangsa lain monopoly ekonomy kita takut untuk mengambil itu tindakan.
January 30, 2012 at 1:43 PM
dah lupa kot sape yang bagi rezeki sebenarnye pada dorang nih....ALLAH yang bagi wei...bukan tauke kafir tuh pon..tak yakin gn ALLAH ke sahabat...
May 1, 2012 at 10:12 AM
Saya nasihatkan terus saja buat aduan kpd majlis agama islam di sana...jgn tggu lg..ramai lagi org islam yg beli brg di situ...dirisaukan barang yg kita beli juga terkena najis...kerana kita telah diberitahu bahawa kaunter yg digunakan turut digunapakai oleh barangan itu...
May 15, 2012 at 8:19 PM
pelik jgk sbb bila dh beli apa2 daging pun mmg la diorg kena letak dlm plastik utk tujuan pmbgkusan. takkan la pulak lepas daging tu dipotong terus hantar ke cashier tanpa dibungkus dlm plastik atau kertas? kalau susah2 sgt cik adik pakai je la sarung tgn getah tu masa bekerja,dah habis shift campak je dlm tong sampah..tp aku mcm ragu2 la betol ke tak surat ni ke saje nk kasi org2 islam kt msia ni hangin?!!newspaper pun tak semestinya melaporkn benda yg betol kan kan kan??
May 29, 2012 at 7:11 PM
emm dia mintak pendapat..
xpasal2 kena bodo pulak kan?..
kita xtau apa mslh org..
June 20, 2012 at 11:26 PM
Snang aje. Pgg pakwe lg haram x kecoh... Apa nk jd dgn mentaliti kita org melayu...
August 9, 2012 at 8:46 PM
Carilah tempat lain....kerja mesti banyak lagi HALAL
October 15, 2012 at 5:04 PM
Inilah akibat bekerja dengan majikan kafir, diorang fikir - kerja 24 jam, untung besar & kaya raya, sebut pasal sensitiviti agama dan adab tolak tepi...
Nasib Melayu jadi hamba kafiruuunn, harap negara saja diperintah Islam/Melayu